Saturday, September 27, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin buat semua.... Semoga perjalanan balik kampung selamat tanpa sebarang musibah... Patuhilah undang-undang di jalan raya.....

Saya akan bertolak balik ke Kelantan pagi nanti. Doakan semoga selamat sampai.....

Saturday, September 13, 2008

Kezaliman ISA

Sehingga hari ini, 3 orang telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas dakwaan menimbulkan ketegangan kaum. Mereka ialah pengendali laman web Malaysia Today Raja Petra Kamarudin, wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng, dan ahli Parlimen dari DAP Teresa Kok. Sila lihat artikel di sini.

Apakah bukti yang menunjukkan mereka ini menimbulkan ketegangan kaum di Malaysia? Sekiranya ada bukti, mengapa tidak dibawa sahaja ke mahkamah untuk dihukum di bawah Akta hasutan dan sebagainya? Apakah yang ditakuti oleh kerajaan untuk membawa mereka ke muka pengadilan? Adakah kerajaan juga tidak yakin dengan proses undang-undang di Malaysia? Persoalan demi persoalan timbul akibat tindakan tidak bertamadun ahli-ahli politik yang ingin menjaga periuk nasi mereka.

Kerajaan juga bersikap pilih kasih dalam melaksanakan keadilan. Sekiranya kerajaan benar-benar ikhlas ingin mengelakkan pertelingkahan kaum, mengapa Ketua Bahagian Umno Bukit Bendera yang mengatakan bahawa orang bukan Melayu sebagai kaum pendatang tidak dikenakan tindakan yang sama. Dibandingkan ISA dengan penggantungan keahlian Umno selama 3 tahun, sudah pasti setiap orang yang waras tahu yang manakah lebih ringan.

Islam sentiasa menekankan keadilan kepada semua, tidak mengira agama dan bangsa. Berikut petikan dari artikel Ustaz Hasrizal. Artikel penuh di sini.

"Tatkala Allah SWT mengungkapkan di dalam ayat itu, bahawa hukuman tahanan ke atas Yusuf adalah ‘hingga ke suatu masa’, saya tidak dapat lari dari tersungkur di hadapan segala keperitan yang ditanggung oleh tahanan ISA di negara kita. Yusuf dan mereka yang terkurung atas nama ISA, bukan dipenjara tetapi mereka ditahan. Ia bukan hukuman, tetapi suatu bentuk penyeksaan...."

Friday, September 12, 2008

Debat Tudung Muslimah: Bidasan Terhadap Raja Petra Malaysiatoday

Raja Petra dalam laman webnya Malaysia Today sekali lagi telah menimbulkan kekeliruan di dalam masyarakat Islam. Kali ini berkaitan dengan kewajipan bertudung bagi wanita Muslimah... Bacalah ulasan Ustaz Zaharuddin berkenaan hal ini.


"Dari itu, dalam perkara ini, menutup aurat termasuklah kepala, rambut, leher dan dada adalah satu perintah yang bukan hanya terhad kepada isteri-isteri Nabi, tetapi juga kepada seluruh kaum wanita Muslim. Ianya bukanlah hanya budaya bangsa Arab yang tinggal di padang pasir yang berdebu, tetapi adalah suatu perintah agama yang khusus. Malah kita dapat melihat bagaimana Allah swt mengarahkan Nabi untuk menyampaikan arahan menutup aurat ini kepada seluruh wanita yang beriman sebagaimana firman Allah :-

وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ

Yang bermaksud: "Wanita-wanita yang beriman"

Oleh itu sesiapa sahaja yang mengaku Muslim lagi mukmin, wajiblah mereka tunduk dan patuh serta mentaati perintah Allah sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat tadi......."


Klik di sini untuk artikel penuh.

Malaysiakini telah melaporkan bahawa Raja Petra telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini. Walaupun dia telah menimbulkan kekeliruan di dalam masyarakat, namun ISA bukanlah penyelesaiannya. Penahanan tanpa bicara adalah tetap merupakan suatu kezaliman tidak kira siapa yang menjadi mangsa.