Friday, September 12, 2008

Debat Tudung Muslimah: Bidasan Terhadap Raja Petra Malaysiatoday

Raja Petra dalam laman webnya Malaysia Today sekali lagi telah menimbulkan kekeliruan di dalam masyarakat Islam. Kali ini berkaitan dengan kewajipan bertudung bagi wanita Muslimah... Bacalah ulasan Ustaz Zaharuddin berkenaan hal ini.


"Dari itu, dalam perkara ini, menutup aurat termasuklah kepala, rambut, leher dan dada adalah satu perintah yang bukan hanya terhad kepada isteri-isteri Nabi, tetapi juga kepada seluruh kaum wanita Muslim. Ianya bukanlah hanya budaya bangsa Arab yang tinggal di padang pasir yang berdebu, tetapi adalah suatu perintah agama yang khusus. Malah kita dapat melihat bagaimana Allah swt mengarahkan Nabi untuk menyampaikan arahan menutup aurat ini kepada seluruh wanita yang beriman sebagaimana firman Allah :-

وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ

Yang bermaksud: "Wanita-wanita yang beriman"

Oleh itu sesiapa sahaja yang mengaku Muslim lagi mukmin, wajiblah mereka tunduk dan patuh serta mentaati perintah Allah sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat tadi......."


Klik di sini untuk artikel penuh.

Malaysiakini telah melaporkan bahawa Raja Petra telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hari ini. Walaupun dia telah menimbulkan kekeliruan di dalam masyarakat, namun ISA bukanlah penyelesaiannya. Penahanan tanpa bicara adalah tetap merupakan suatu kezaliman tidak kira siapa yang menjadi mangsa.

2 comments:

Adlan said...

RPK ni nampaknya makin menjadi2 la.. kalau nak sembang politik, aku xkesah jugak. tapi kalo da isu agama ni dia bleh wat justifikasi berdasarkan kepala otak dia.. tu mmg aku xdpt terima..

zephyr... said...

Memang kita tak setuju dgn cara RPK komen pasal Islam, tp ISA tetap tidak boleh diterima... Hadapkanlah dia ke mahkamah, bukan tahan tanpa bicara...